Facebook Fan Page

22 December 2014

I make a river with it.

Taeyang – Eyes, Nose, Lips Lyrics

Don’t be sorry,
that makes me more pitiful.
With your pretty red lips
please hurry, kill me and go.
I’m all right.
Look at me one last time
Smile like nothing’s wrong,
so when I miss you I can remember.
So I can draw your face in my mind.

My selfishness that couldn’t let you go
turned into an obsession that imprisoned you.
Were you hurt because of me?
You sit silently.
Why am I a fool, why can’t I forget you.
You’re already gone.

Your eyes, nose, lips
Your touch that used to touch me,
to the ends of your fingertips.
I can still feel you

but like a burnt out flame,
burnt and destroyed
all of our love
it hurts so much, but now I’ll call you a memory.

Love you, loved you
I must have not been enough
Maybe I could see you just once by coincidence.
Everyday I grow restless,
Everything about you is becoming faint.
You smile back in our pictures,
unknowing of our approaching farewell.

My selfishness that couldn’t let you go
turned into an obsession that imprisoned you
Were you hurt because of me?
You sit silently.
Why am I a fool, why can’t I forget you.
You’re already gone.

Your eyes, nose, lips
Your touch that used to touch me,
to the ends of your fingertips.
I can still feel you

but like a burnt out flame,
burnt and destroyed
all of our love
it hurts so much, but now I’ll call you a memory.

Your black eyes that only saw me
Your nose that held the sweetest breath
Your lips that whispered ‘i love you, i love you’..I….

Your eyes, nose, lips
Your touch that used to touch me,
to the ends of your fingertips.
I can still feel you

but like a burnt out flame,
burnt and destroyed
all of our love.
it hurts so much, but now I’ll call you a memory.

21 December 2014

Homelessness

Assalamualaikum.. Sang pembaca blog si budak kertu..

Lately, otak aku banyak di kerahkan utk berfikir. Tak kira dari sudut zahir mahupun batinnya (jgn fikir nonsense). Yang kecil atau besar. Di luar mahupun di dlm. Tapi sayangnya, Dr bertrillion-trillion,, zilliion-zillion sel otak aku tak berjaya bersambung. (mungkin faktor usia gamaknya)

Persoalaanya, kenapa ia tak nak bersambung. Aku nk jugak mengeluarkan akal bernas dr otak aku yang berdanak dengan lumpur akal basi. Aku semakin lambat dalam menjalankan operasi.

Persoalan tidak mendatangkan jawapan.

"mungkin aku dan kertu untuk berfikir"
"mungkin terlalu kosong sampaikan bilik pengitar maklumat terbantut operasinya"
"mungkin juga tak cukup di bekalkan oksigen"
"mungkin ada yang salah makan di mana-mana.. terlebih makan cili agaknya"
"terlebih tidur mungkin"

Persoalan itu masih tiada jawapan.

"Di mana mau jawapannya kalau sendiri tiada terbit persoalannya"
"atau kau terlalu malas untuk mengetahui apa sebenarnya diri kau mahu. Bukan setakat makan tidur pakai sahaja yang perlu di sogokkan.

"mana rohaniah mu?"
"mana arah tujuan mu?"
"mana tujuan mu?"

Persoalan sebegitu yang harus kau fikirkan. Kalau kau tak mahu terjerumus kekal dalam kekusutan yang membusuk dek harta benda dunia, kesenangan yang hanya sementara, kecantikan yang menengelamkan jiwa.

AKU HARUS MENCARI SESEORANG YANG MAMPU MENUNDUKKAN EGO KENTALKU.. Melembutkan hati yang lama membeku. Supaya aku terlepas dr penjara yang aku bina dan kau adalah pemilik kunci itu, pembuka kekecewaan, pemberi ketenangan, pengemudi arah tujuku.

Supaya dpt melepaskan aku dari menjadi sang pelarian dlm jiwaku sendiri

20 December 2014

Semakin jauh

Assalamualaikum

Bagaimana hari anda?? Ada bagus?? (YEAH!!) Good!! (sorak macam budak tadika).

Errr...

Err...

Err...

Ada benda nk bagitau ni..

Tp.... Malu plak..

Ermmm.... (tarik nafas panjang)

HI.. HAMPA DH BERAK?

HAHHAAHHAHAHAH.. (meroyan)

04 September 2013

Kuk..kuru..kuru...

              assalamualaikum beautiful ladies and macho-man.. Harap sihat seadanya.
              Entry di atas ni xde makna apa-apa sebab aku pon xtaw nak story apa. (haha.. Tarok hujung jari atas bahu). Saja nak update entry blog ni. Disebabkan mr.lappy aku rosak tak dibeli sampai sudah (laptop), aku pon mengharapkan mr.htc(phone) la yang membantu aku untuk menjadi ahli surfer y tegar.
               Bukan setakat blog, fb, twiter, instagram, friendster, myspace, dropbox.... Bla..bla..bla.. (Byk la pulak xigt dh..).
                Ada ja account tapi tak tersentuh sgt pon. Main kjap tarok profile update status skit lebih kurang.. Pastu tgl smpi salah satu dr acc. , aku lupa password. Setelah itu acc tersebut pon terkubur la dr ingatan eden. Conclusionnya memang penatla hmp (anda) nak tgu ak update blog ni.. Tp ak rasa aku ni pon bkannya popular sgt smpai ramai org nk baca apa yang aku merapu dalam nie. (yer ke idak?.. Yer..yer..yer..)
              ok stop kat cini.. Jom tengok Asmara Luna di tv3.

21 June 2013

I hope that Everyday feels like sunday

            Assalamualaikum you alls. Tak tahu la apa yang bermain dalam fikiran mizz crayon kita akhir-akhir ni. Semuanya kusut masai dengan lelabah yang tak habis-habis melancarkan proses mendecorasikan minda aku dengan sesarang sampai otak aku tak dapat nak proses dengan betul.

Perkara yang menyesakkan minda aku sekarang.

*money
- duit tak dapat nak berikan kebahagian didunia. Janji ada kawan happy sudah. Tp itu dulu. Time tu aku stay dengan family goyang kaki. Kerja pon still makanan dah tersedia kat rumah. Tinggal nak pelahap ja kunyah masuk perut.. sekarang situasi dah lain aku kena cari makan sendiri, mana nak bayar duit sewa lagi, duit kereta. And the most important thing insurance kereta dh dekat. Mati aku duit tak kumpul lagi. Wah!!! Memang betul-betul desakan hidup. Mesti korang fikir kenapa nak sewa rumah pakai kereta.. balabalaabalabalabla... Aku explain dalam problem kedua.

*kerja yang tak direstu.
- mak aku memang dari 1st tau aku kerja apa dah memang dengan lantangnya bersuara
       'kerja sales? Jual barang? Ke sana kesini. Langsung tak de masa depan. Pergi kerja kilang lagi Bagus la..'
OMG!!! Lagilah!! Memang dengan brutalnya aku bangun berdiri dengan gagahnya dan berjalan terus ke dapur. Ambil pisau? Ugut bunuh diri? Gila. Bukak periuk senduk nasi makan la. Perut tengah lapar ditambah pulak nak melarikan diri dari bebelan mak. Setiap Kali memang macam tu la. Penat sangat nak dengar, cari rumah sewa dan pindah. Setiap minggu Kalau rajin eden balik kampung. Selang beberapa bulan lepas tue aku dikejutkan pula dengan tindakan my mom yang drastic. Dia keluarkan simpanan aku bayar muka viva. Suruh aku balik sain dokumen kedebak kedebuk keluar la seketui viva elite kaler dark purple. Tak boleh nak bersuara langsung.
       'kalau dah tak boleh nak bayar kereta tiap-tiap bulan balik cari kerja lain',betapa kejamnya anda.

*my hero dah bersuara.
- akhirnya my daddy bersuara. Selama ni ingat dia diam tak peduli. Sekarang dia peduli..
BERHENTI KERJA ATAU TAK PAYAH BALIK DAH!!
Lagi satu masalah. Ni semua aunty aku yang kepochi buat cerita.
          'anak hangpa dok menjaja kat luaq dok juai barang. Tah nanti org kidnap ka bawak lari hampa tak taw. P mana-mana bukan hampa tau. Eeeeiii tak elok sungguh hampa ajaq anak hampa ni..'
APA lagi menyirap la ayah aku. Sebab tu la yang keluar perintah puaka tu. Apa yang sengal sangat la makcik kepochi aku tu. Dah la dok dekat dengan rumah sewa aku. Lepas tu tak habis-habis paksa aku p interview tu interview ni. Menyampah Gila.

         Conclusion-money can guaranty your life. No money no talk. Semua duit-duit-DUIT... argggghh.

30 April 2013

Girls day

        Assalamualaikum..
Entry aku harini pun dah boleh menggambarkan activity aku. It's time to relaxing your mind and body..

Babah went shopping. The maniac make the scene..

Babah-"Jom teman babah beli closet."
Jane-"Jannah nak ikut"
Ain-"ain nak ikut jugak"
Babah-"jom-jom. Anak-anak babah ni pantang ja nak ngikut." Hehe masing-masing muka kerang busuk.

Babah-"kat mana nak beli? Dalam jusco ada tak?"
Jane-"ada kat tingkat atas"
Ain-"la..la..la.. ain tak tau."

       Dan macam-macam la yang Kami tunjuk.  "babah beli ni" "babah nak ni" "babah.. babah.."

       Penatnya babah nak layan bebudak ni. Gila gedik sangat..

25 April 2013

Sakit hati..

<p>Assalamualaikum you ollz. Moga semua sehat Dan jangan lupa untuk memulakan hari anda dengan secawan Milo panas y sedap hingga menyuamkan perut. Peehhhg sedap..
     Cerita dongeng aku hari ni pasal masalah aku yang sakit hati dengan officemate aku. It's like this. Korang akan Tolong orang susah obviously Kalau orang tu adalah kawan kita. Okwy kisah nya miss A tak ada tempat nak menyewa sebab rumah family agak jauh dari tempat kerja. Ok atas belas kasihan aku Dan housemate yang lain selepas perbahasan Dan perbincangan Kami pun bersetuju untuk masuk rumah untuk menyewa sekali dengan Kami. Then tak jadi pulak. Y? Mak miss A bising la. Tak bagi dok jauh.. rumah Kami sempit Dan panas. Normal ma. Dok ramai-ramai hadap jela mengada pulak. It's ok Kami ok aku pn ok no problem but after that housemate aku sorang berhenti kerja Dan keluar la dari rumah sewa. Ramai pula yang kalut nak masuk termasuklah miss A.
     Perbincngan kedua pun Di mulakan. Atas persetujuan semua diorang boleh la masuk tp sempit sikitlah. Maximum 6 orang sj y Lain termasuk miss A. Disebabkan tak nk sempit Dia pun ok cari rumah len. Dan dengan tanpa rasa bersalah dia bagitau kat housemate aku y sorang lagi miss B.
    "aku dah dapat rumah sewa len. So tak jadi la nk msuk rumah hampa. Tp aku nak ajak 2 orang lagi. Dulu depa ajak ak sekarang aku ajak depa balik la. (2org housemate ak yang dah menyewa sekali) Bolehkan? Soalan sebegitu kurang bijak Di jawab dengan kebengangan miss B.
   "TAK De APPRECIATion langsung, main sedap ja nak tarik-tarik orang. Kejap-kejap macam lalang. Dah bagi masuk tak nak masuk last-last nak tarik orang pulak. Ish!! Bengang aku" lebih kurang macam tu la y miss b cakap kat aku. Respond aku? Lantak la. Hmp nak masuk, masuk la jnji byar sewa.
   #end of story.

Harjit singh sangay & co

Assalamualaikum fellas. Hari ni aku ADA temujanji. Wao.. ain have a date.. haha.. not like boy and girl date. Tp date dengan lawyer. Aku kena tututan ganti rugi atas kemalangan tahun lepas. Yang excited nya. Aku kena saman yang melampau atas kesalahan pemandu yang melanggar Aku. Dia langgar aku tip tup ak yang kena charges..
    Ini tidak adil.. tidak adil bagiku.. argggggg!!!
    APA yang dia charged agak melampau Dan tidak masuk akal lah. APA kata anda? Tunggu time naik court la.

24 April 2013

Crayon's is back.. #Ragu-ragu.

Assalamualaikum, everybody. Apa khabar fellas? Kna bebenor ak tak update blog ni. Bukan takat berhabuk, bersawang bagai, macam-macam makhluk dah Aku tgk dok bermaharaja Lela kat sini. Tau tak menda? Itulah yang dipanggil BUGS. Ulat internet lar.. nasib bukan elephant kan. Aku dh mula merepek mengarut ni.

Orait kita skip intro yang panjang berjela. APA YANG CIK CRAYON ni ragukan?
1) soal kerja.
    Aku ni actually seorg yang agak susah nk stick kpd satu kerja. Alasan? Cepat bosan, malas nk ambil pusing dengan masalah rakyat jelata kat office, malas cari pasal dan yang penting rimas tengok muka manusia yng tak pernah berubah. ADA Mata 2 ketui. Hidung kembang sedepa y berbekalkan serombong asap yang memberi sumber udara... Bla..bla..bla.. (anugerah terangung Allah)
   Tp yang menjadi persoalan Aku sekarang macam mana Aku boleh tahan kerja yang dari sejak dulu abad tok kadok lagi Aku dah memang meluat dengan kerja ni. KERJA APA? S.G.C. stand for- sales girl cemerlang. Perh!! Bila orang panggil Aku macam Tue agak.menyirap jugak lah darah dalam kepala otak itik Aku ni. Rasanya pekat sikit dari sirap kot. (hehe).
     Tup..tup.. dah nk dekat setahun Aku kerja sebagai S.G.C. ni. Nak kata tak masyuk, AGAK KoT!! Kalau dulu nak pegang duit bebanyak ni jgn harap la nk dapat gedebuk durian runtuh. Tp tak jugak menyimpan. Aiyoyai.. kelemahan Tue. Di sebabkan menyimpan pon edak. My mom kat rumah pon agak bising lah. Asal Aku blik je ADA ja dia buat ceramah ADUN besar negeri rumah sejengkal abdul. Berjela-jela sampai boleh buat episode drama bersiri. (berbakat mak de) karang tak balik kena sound anak lupa daratan, nk kelaut je kejanya. Tp jangan geleng kepala dulu, ADA lagi yang berkomplot dengan my mom dalam rancangan untuk turunkan tahta Aku sebagai s.g.c. terhormat ni. My beloved sister lak. Disua yang iklan-iklan jawatan kosong dari kerja executive ke kerani, cikgu, DLL smpai lah ke orang gaji Di Singapore. Macam derk je suruh Aku kerja sana. Tak jadi orang gaji terjadi pulak model baju kechik kat sana yang Buat kerja sambilan serong.. WQAAA!!!! Eden tak SANGGUP LA WEH!!!! Bek terjun sungai kerian, perak aje.
   Kengkawan Aku lak menambahkan kekuautan yang melanda diri beta ini. Apa dia cakap?
   "Banyak bank kat Parit Buntar tu nak pakai orang jadi marketing sales. Berfaedah la skit. Dari hg kerja jual barang ja"
  Actually hello dude, jual barang tu bukan sales ke? Lagi teruk Aku kna bambu adalah. Agak kurang bernas disitu.
   Nways objektif Aku sekarang untuk cari solution supaya Aku tak bosan dengan kerja ni. Dah la Aku ni lembab dalam nk jaga hati orang. Mana mungkin Aku boleh ADA orang kat bawah Aku. Nk mengajar orang pun Aku rasa tak mampu.

2) soal politik PRU13
   Aku ni Kalau kak suruh mengundi memang Aku pilih BN. Akan tetapi selama 3 minggu berturut-turut Aku Di kempen oleh pro parti-parti pembangkang. Sekarang one more time Aku confuse nak pilih yang mana satu. Belah ni cakap ADA bukti. Yang ni pulak cakap make sense. Bleh tak Kalau Aku skip mengundi.  Pasrah jela dengan ketentuan ilahi. AMIN
   Good luck la kepada yang tercalon bertanding. Moga Negara Malaysia ni tak de la nak terbalik 360 darjah bila pembangkang memerintah. Bukan nak mengutuk cuma sapa-sapa yang menang nanti tetap dapat menjadikan Malaysia ni sebagai salah satu Negara y maju dah membangun. Amin!
  
   Dah cukuplah sikit-sikit Aku membebel. Byebye u illzz..

06 March 2012

Dia adalah ibuku

Usai sahaja solat zohor, dia akan mengambil kesempatan menghilangkan lelah setelah penat menjalani tugasnya mengelilingi luar rumah. Matanya ligat mencari rumput rampai di celah-celah pokok kesayangannya. Kalau boleh dia tidak mahu seekor ulat mahu rumput melekat di sana.
Mengingatkan telatah si dia boleh membuatkan aku ketawa tak kering gusi. tiap kali terdengarkan lagu kesukaannya pasti kepalanya akan terlentok ke kiri dan kanan mengikuti alunan muzik. sesekali akan terdengar suara manis yang melucukan mengiringi musik sambil tersenyum nakal. apabila dia menyedari akan dirinya di perhatikan, dia akan berhenti menyanyi dan berlagak seperti tiada apa yang sedang berlaku. setelah tiada mata-mata nakal memerhati, dia akan melanjutkan keletahnya dan seraya itu menerbitkan rasa geli hati akan kelakuan diri sendiri. ketawanya akan bergema sambil menggenyitkan matanya kepada sang mata-mata nakal yang melihatnya. acap kali gelagatnya menggamatkan seluruh isi rumah.
Terus aku meluru memeluk beliau.

23 February 2012

Adaptasi dari lagu Shahir- PENDAM


Seorang budak lelaki berjalan ke kedai CD dan melihat seorang gadis di belakang kaunter.

Dia tersenyum dan Walter menyangka itu adalah senyuman yang paling cantik yang dia pernah dilihat sebelum ini.

Walter berkata "Uh ... Yeah ... Umm ... Saya ingin membeli CD." Dia mengambil satu daripada dan memberi wang kepadanya.

"Adakah anda ingin saya membalutnya untuk anda?" dia bertanya dan menyebarkan senyuman. 'Senyuman comel  itu lagi' desis hatinya.

Dia mengangguk dan pergi ke belakang.

Dia datang kembali dengan CD yang telah dibalut dan memberikan kepadanya. Walter mengambil CD tersebut dan berjalan keluar dari kedai. Beliau pulang ke rumah dan sejak saat itu, dia akan mengunjungi kedai itu setiap hari dan membeli CD, dan gadis itu akan membalut CD yang di belinya. Setiap kali Walter pulang, dia akan memasukkan CD yang di belinya ke dalam almari. Dia masih terlalu malu untuk bertanya dan Walter benar-benar mahu tetapi dia tidak boleh. Ibunya mendapat tahu tentang perkara ini dan memberitahu Walter supaya berterus terang kepada gadis tersebut.

Jadi hari berikutnya, dia telah bertekad dan pergi ke kedai dimana gadis itu bekerja. Dia membeli CD seperti yang dia lakukan setiap hari dan sekali lagi gadis itu pergi ke belakang kedai dan datang kembali dengan CD yang siap dibalut. Dia mengambilnya dan apabila gadis itu berpaling, Walter telah mengambil kesempatan meninggalkan nombor telefon di atas meja dengan senyap dan berlari keluar ...

! RRRRRING!

Ibu mengangkat telefon dan berkata, "Hello?"

Ia adalah gadis itu!! Dia bertanya pemuda itu dan ibu mula menangis dan berkata, "Anda tidak tahu? Walter telah meninggal dunia hari ini ...

"Suasana menjadi tenang kecuali sesekali kedengaran esakan ibu Walter. Selepas kejadian itu, ibu Walter masuk ke dalam biliknya kerana merindui Walter. Dia fikir dia akan bermula dengan melihat pakaian Walter. Jadi dia membuka almari. Dia terkejut melihat bertimbunan CD yang masih belum dibuka pembalutnya tersusun kemas menandakan CD tersebut belum di dengari Walter. Dia mengambil semua CD-CD tersebut ke birai katil dan mula membuka satu persatu CD tersebut.

Di dalamnya, seperti yang diagak memang terdapat sebuah CD dan apabila dia membelek CD tersebut sehelai kertas memo melayang jatuh mengenai kakinya.

Ia tertulis: Hi ... Saya fikir anda benar-benar comel. Adakah anda ingin keluar dengan saya? Love, Jacelyn

Ibu membuka CD lain ...

Sekali lagi, terdapat sehelai kertas. Ia berkata: Hi ... Saya fikir anda benar-benar comel. Adakah anda ingin keluar dengan saya? Love, Jacelyn

20 February 2012

Spaghetti jadi Bihun Goreng Mamak


Assalamualaikum you allz!!!


Tetiba hari ini aku bangun pagi terasa macam nak makan spaghetti. Bangun pagi teringin nak jadi minah salleh pulak. Jarang gile aku lepas subuh tak tidur balik. Hari ini buang tabiat teman my dearest mom pergi pasar. Mother pilih ikan Daughter cari bahan buat spaghetti. Dah siap beli barang member ala-ala sweet ak call ajak pergi library. (MELEPAK) Orait jugak, aku pun dah lama tak follow up muka buku, tak update blog aku yang agak aku rasa dah berkarat dengan peluh masam aku sebab tak terbukak. haha..

Actually bukan buzy ke apa.. Just that, my jiran dah privatekan wireless yang aku curi selama 3 bulan yang lalu. Mungkin perbuatan tak 'bermoral' aku men'cilok' line wireless rumah sebelah telah ter'expose'. So saya faham  apa yang di namakan HUMAN RIGHT. Tapi bila difikirkan balik menggunakan akal umur 10 tahun aku, dhah ada kemudahan kita guna saja lah. On MIZZ LAPPY je ada wireless free siapa yang tak tergugat iman nak main internet? sila garu ketiak anda.Di tambah pula my brother yang poyo pula menghilangkan laptop di UNI. Dan aku and my sista pun menghalalkan lah MIZZ LAPPY jauh dari my home sweet home.

Jadi back to the story earlier. Aku yang memang jenis pantang diajak memang pantang je nak say no. Aku pun follow la. dah pulak melekat kat situ sampai sekarang. How my spaghetti? oihh dh siap dh ada je tengah di proses lancar oleh sistem perkumuhan aku yang masih sihat walafiat. Actully aku tak masak pun. Aku beli yang segera punya. spaghetti malay syle Bihun Goreng Mamak. HAHA!! Hadam jela Ain oiii..

29 January 2012

accident lagi


assalamualaikum penjuling-penjulingku yang setia. apa kabo ekau di sana. saya di sini sakit lebam-lebam disana sini. janganlh rasa susah hati sebab susah saya nak cari ubat penyembuh orang susah hati. susah makan senang ja nak cari ubatnya hah. sumbat satu bucket ayam KFC, 5 ketul burger MCDONALD, 4 papan PIZZA-HUT, 8 pinggan nasi CHIKEN RICE SHOP, 15 botol air 100 PLUS. hilang la sakitnya tu hah. hahaha.. (gelak cam orang saai dengan 2 tanduk timbul atas kepala)

eden bukannya apo. nak mengadu ni hah. eden accident lagi, bukannya jatuh sendiri tapi berlanggar dengan motorkar. kesian HONDA COMEL eden tu hah. tak habis-habis remuk sebab accident ajo. sorry la HONDA, nak buat macam mana tu hah dah dapat owner triple lock luck. susah la nak di obat. jangan la merajuk dengan den. sapa la nak dating dengan den kalau ekau tak ado. sedih den ni hah.. (dush!!! kena penyepak. cakap bebetul sikit)

k. story dia like this la. aku macam biasa bangun pagi gosok gigi, mandi-mandi, siap-siap nak pergi kerja. yang lainnya pagi tu cousin aku tumpang aku sekali. okey memang tak der masalah. on the way nak pergi kerja disebabkan aku yang careless dan tak reti nak bersabar langgar lampu isyarat merah dan terus KEBABOOM!! terlanggar buntut kiri kereta WIRA KELABU yang nak membelok masuk ke taman perumahan. di sebabkan brek HONDA COMEL aku yang kebuluran tak di beri makan tak sempat berhenti untuk mengelak dari mencium buntut WIRA KELABU dan serta-mertanya aku terjatuh dari motor dan terseret sedikit ketepi jalan. mungkin aku knock-out beberapa saat sebelum aku menjerit sakit.

dalam kepala otak aku tak fikir apa dah. hanya fikir pasal tanggungjawab yang aku bawa yang menumpang aku di belakang. "KAK AIN!!!" lepas aku dengar jer suara cousin aku baru la aku nampak DARAH menitik-nitik di atas jalan. aku fikir pasal gigi aku pulak. hilang pulak la gigi aku. aku dan check. ok cukup semua batang tak ada yang patah. aku pening jadi mabuk darah. keadaan memang kalut time tu. ramai yag datang menolong. seingat aku la ada seorang kakak dan pak cik yang baik hati papah aku ke tepi. mula-mula diorang suruh aku rilex dulu duduk kat tepi divider sebab tak nak ganggu lalu lintas kat situ.

pastu diorang angkat aku balik duduk atas kerusi kat satu pohon redup kat tep jalan. aku ingat lagi tak silap berhampiran dengan bengkel kereta. dalam pening pening aku try bukak mata. aku carik cousin aku. takut dia cedera ke apa. aku panggil tapi suara tak keluar. aku rasa ada orang pegang dagu aku, aku buka mata ja tengok cousin aku ada kat depan aku. aku tanya dia ok tak? tapi dia tak jawab mungkin tak dengar. aku tengok betul-betul baru aku rasa lega sebab aku tak nampak darah kat mana-mana badan cousin aku. dia sua air mineral bagi aku minum. "sepatutnya dia ni tak boleh bagi minum lagi" aku dengar cousin aku gelak. "lah saya tak tahu"dah boleh gelak tu kira tak de apa la.

baru saja aku nak pejam mata aku dengar kecoh seorang kakak minta nombor ic aku dengan lesen.aku dah tak fikir banyak dah aku seluk poket belakang aku serah wallet aku kat dia. aku tengok dia sibuk menyalin. siap tanya nombor phone aku dengan cousin aku. "akak, jangan risau. saya tak apa-apa. saya mengaku saya salah. bagi saya chill kejap pastu kita settle yer" dia tak puas hati. jenuh juga la cousin aku menjawab semua pertanyaan dia. aku rasa kakak yang kecoh ni hanya sekadar penumpang bukan pemandu. ada la aku dengar riuh seorang pak cik ni suruh kakak tu bertenang tunggu ambulance sampai tengok macam mana keadaan aku dulu baru buat report. dalam riuh-riuh aku nampak ayah aku sampai. ayah aku pegang tangan aku kata "tak ada apa-apa sikit je. tahan yer kejap lagi ambulance sampai. tahan yer" tenang ja ayah aku cakap.

5minit kemudian ambulance pun datang. aku pensan sekejap. sedar-sedar jer aku menjerit sakit. nurse tengah cuci luka aku. paling tepi je aku terkejut tengok jarum. 'gila mamat ni nak cucuk aku!!' ayah ku tahan kepala aku suruh tengok dia. naik merayu juga la aku tak nak di cucuk. akirnya kena juga. memang tak la nak lepas. pedih sial bila cuci luka dengan ubat antiseptic. aku rasa suara jerit aku dengar sampai keluar agaknya. aunty yang baring kat sebelah aku tengok ja aku. nak aku tunjuk peace kat dia. tapi tak larat pulak nak angkat tangan.

aku boleh keluar hari tu juga. ada ke pulak doktor sort off tak faham bahasa melayu kata kat aku "saya ada banyak pesakit lain dan sangat sibuk boleh tak awak cakap kuat dan jelas sedikit" nak je aku ketok doktor ni. tak reti melayu punya doktor. nasib la ada pak cik attendant kot yang tolong translate kat dia. pastu siap ugut aku lagi "kamu ada pensan tak? kalau ada saya terpaksa tahan kamu masuk wad. kalau tak ada kamu boleh keluar hari ini juga" confirm aku cakap tak pensan. sapa nak masuk wad. kena masuk air. cucuk sana-sini macam robot. tak nak aku.

dah settle semua. surat cuti pun dapat aku pun balik rumah. dalam kereta penuh la telinga aku masuk bebelan ayah aku featuring mak ndak, mak kepada cousin aku. kaki aku sakit sekali telinga aku berbulu. tahan jela. dah memang salah aku.

sampai rumah ja mak aku sambut dengan mukadimah leteran dia. berperenggan-perenggan sedar-sedar ja aku dah terlelap. pastu ayah aku kejut aku suruh ikut dia pergi balai polis. dia cakap kakak WIRA KELABU tu dah kecoh kat balai bab nak buat report. siap mengajar polis tu lagi macam mana nak buat kerja. polis tu cakap dah kat dia hal ni boleh settle kat luar tak payah buat report sebab kecik sangat. WIRA KELABU dia pun bukannya teruk pun cuma bumper jatuh sebab skru patah ja. dah dia nak buat report sangat. tunggu claim insurance la.

aku pun kena saman. sepatutnya kena 2 saman. saman langgar lampu isyarat dengan saman cuai. tapi polis tu bagi saman cuai je. kena la rm300.aku minta kurang kat sarjan polis. "saya boleh tolong dan saya memang nak tolong sebab saya ada nampak kejujuran dekat kamu. lagipun kamu mengaku bersalah. kalau kamu datang kat saya kata kamu tak salah tapi hakikatnya kamu memang bersalah. sya pun marah. kamu faham maksud saya" aku dengan mata stim, muka polos gila pun mengaku la kat depan dia kata aku memang slah. dan dapat la kurang saman bayar rm150 jer. hahah senang hati den. gaji aku part-time kat kedai jamu tu lebur macam tu jer.

tak ada la teruk sangat aku ni pun hanya setakat luka kat kaki kiri, lutut kiri, lobam sana-sini, tangan kiri terseliuh dengan dagu luka sikit. yang aku nampak darah banyak-banyak tu rupa-rupanya darah dagu aku. lukanya sikit ja tapi darah merambu-rambu penuh tudung.

haisy habis JAHANAM SELUAR BARU aku. dah la baru pakai tak sampai setengah jam dah koyak rabak. TUDUNG BARU ja aku pakai nasib baik darah tu boleh basuh walaupun kesan dia ada melekat lagi tapi tak ada la nak nampak sangat. (rasanya gamak ke aku nak pakai lepas ni)

kak tu pun ada call aku agaknya nak minta ganti rugi la kot. aku memang tak la nak bagi. sapa suruh dia kalut nak buat repport bagai. kat susah. ayah aku cakap kalau perbaik kereta tu tak sampai rm400 insurance tak dapat nak claim. haha.. padan muka dia. aku nak settle luar dia tak nak. hambik rugi la kau.

bebudak sales from kl


assalamualaikum commaners sekalian.. lama juga aku tak update blog aku ni. mohon maaf kepada semua yang rajin menjulingkan mata membaca blog serabai aku ni. bukan aku tak nak update tapi disebabkan kemalasan yang melampau ni lah yang jad titik penyebab aku malas nak pegang lappy.

ada story ni nak dengar tak. eh! silap. mana boleh dengar. ekau dok tengah membaca. haha..

story ni dah lama dah terperam kat kepala otak aku tak ter publish-publish. cerita mengenai 10 orang sales man and sales girl yang bekerja dekat satu company di kuala lumpur jual perkakas dapur elektrik dari ITALY.  diaorang ni kena outstation buat promotion pasal dapur lektrik kat PARIT BUNTAR, PERAK. meh aku cerita sikit pasal diorang ni.

MISS DOTTY MONTY.
minah ni dari seremban. badan yang agak montel dan cute aku rasa sesuai gak aku panggil dia nama ni. minah ni agak manja la. sweet-sweet charity gitu.. 1st day minah ni pakai memang tak menampakkan macam nak buat sales peralatan dapur tapi nak buat sales untuk diri sendiri. that's apa yang dikatakan kecapulan mulut aku mengata orang. dia pakai black non sleeve short dress yang beropol atas paras lutut match with non-sleeve yangky jacket jeans. korang rasa??

MISS STRAWBERRY.
minah ni comel. ada lesung pipit kat kedua-dua belah pipinya. seorang yang tinggi lampai. agak cool dan skinny. dia ni memang pakai simple and nice sesuai dengan kerja yang dia buat sekarang. tak t-shirt, vase and jeans.. dia pakai kemeja thigh-in dengan black jeans.

MISS ELEGANCE
minah ni kecik molek dan bersifat kepimpinan. seorang yang pendiam dan pemalu. 1st expresion yang aku dapat dari dia la. dia ni aku nampak memang mementingkan kekemasan sesuai dengan nama yang aku bagi kat dia. dari segi baju, tutur kata, pergerakan semua kemas ja. macam robot pun ada. haha.. yang lain tak dapat dikenal pasti.

MISS CARING
kenapa aku panggil dia MISS CARING? sebab memang baik hati lah. korang fikir yer, kalau korang ada nampak barang orang lain jatuh apa yang akan korang buat.. kebanyakan orang akan tegur 'kak, barang kak jatuh.' kadang-kadang orang buat dont know, dont care jer. jarang giler la orang amik barang tu dan serah balik kat tuan empunya badan siap senyum lebar lagi. betul tak?!

yang itu semua aku cerita pasal minah-minah promoter, ni aku nak cerita pasal mamat-mamat promoter pulak.

MR. AL a.k.a. JAM BERGERAK
haha.. agak kelakar nickname dia ni. yang ni bukan aku yang bagi k. member-member dia yang bagi. sebabnya? diorang ni menyewa dekat satu rumah sewa kat mana malas aku nak tahu. dah duduk sekali tu tau saja la. kalau tak ada orang yang kejutkan bangun pagi memang tak la diorng ni nak bangun. jadi MR.AL ni pun memegang tanggungjawab mengejutkan mereka yang spesis tunggu orang gerak baru nak bangun. agak macam abang, kemana nak pergi MR.AL yang hantar dan jemputkan. pasal makan minum jangan tanya la. semua nak kena ingatkan. bukannya apa just MR.AL ni memang agak matang sikit berbanding yang lain walaupun umur mereka lebih kurang sama.

GENG MASKED-RIDER KABUTO
4 orang sekawan yang memang ala-ala mamat sengal. kenapa aku panggil camni? sebab kan rambut diorang i memang sebijik macam MASED-RIDER KABUTO. sapa yang pengemar cerita ni mesti dapat gambarkan macam mana rupa gaya rambut bebudak ni.

asalkan diorang ni ada je mesti bos aku MR. LIM tak senang duduk. mana tak nya, hampir semua berdiri berenggek dekat depan counter yang tak seberapa besar ni hah. satu menghalang customer nak tengok barang. kedua habis barang jatuh tergolek sebab kena hinggut dek GENG MASKED-RIDER KABUTO ni bersandar. ada satu hari tu bos aku mengamuk marahkan geng ni. 'lu orang aa, tak dak tempat lain nak duduk ka? jangan kacau orang punya bisness la. @$^^&#&*%>>>>>>' habis dimaki nya bebudak ni. serik la kejap tapi lepas beberapa jam datang balik bertenggek kat depan counter. adoi memang tak makan saman la. nasib baik chumel. haha.. (gatal gak aku ni pun)

09 January 2012

Mummy yang Chumel!!

Kalau korang nak tau sekarang aku sedang buat part-time job di Billion sebagai promoter kedai jamu. Walaupun hanya untuk jangka masa 3minggu dengan ikhlasnya aku nak nyatakan disini bahawasanya aku kerja kat situ hanya untuk membantu kawan aku yang semak kepala mencari part-time worker. Dia kata nak serabut kepala otak untuk menginterview budak baru semata-mata nak suruh buat part-time seelama 3weeks. Bising lagi nak kena ajar la apa kejadah la. Banyak betul ulat yang buat sarang bagi serabut kepala otak dia tu. Disebabkan agak kesian dan kebetulan aku pun hanya menghabiskan beras mak aku kat rumah tanpa buat apa-apa kerja melainkan tidur, aku pun terima lah jawatan yang diberi, MINAH PROMOTER.

Seperti biasa aku bangun pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Disebabkan aku bangun agak lewat dan memang aku ni anak dara yang agak penuh dengan saki-baki pemalas yang payah nak bangun awal, aku pun tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja. Bersiap pun agak ala kadar sahaja. aku capai kunci motorsikal, sarung kasut dan bergegas ke parking.

Dari jauh lagi aku dah perasan mak aku yang ala-ala cute miut dan jiran ku Ateh 'The Snow White Aunty" tengah sibuk bergosip pagi. Sambil berjalan aku sempat lambai tangan ke arah mak aku sambil bagi isyarat nak pergi kerja. Tak sempat nak pegang motor mak jerit menahan aku. Sempat lagi dia cakap "Tangkap la gambar mak.. Lama dah dok posing ni. haha..", seperti biasa, mak buat muka Funny. Adoi time-time ni la dia mintak nak bergambar. Selalunya kalau orang nak tangkap gambar dia bukan main susah. Macam-macam muka dia buat. Gaya shrek, Tony Jia, Doremon. Thinking statue pun dia pernah buat. Kali ni bukan main lagi yer. Aku yang menurut perintah pun cepat keluarkan handset dan mengambil gambarnya. "K, satu lagi", aduh parah dah mak aku ni. Mak berdiri elok di sebelah pokok  bougainvillea  kesayangannya. Sweet je muka mak aku pagi-pagi ni. Boleh pulak aku buat lambat dalam keadaan aku yang memang akan lambat.


Ok dah selesai tangkap gambar, muah-muah aku bagi kat mak aku pun kot jauh jep dan aku pun merempit ke tempat kerja. Selit dan menyelit sampaai di kawasan pasar pagi ada la pulak kereta yang buat kemut jalan slow-slow. INI BOLEH MENDATANGKAN MARAH. Dalam otak aku ni asyik fikir macam mana nak cepat sampai jer. Dah dapat potong kereta kemut tadi tu tak sampai berapa pusingan tanyar motorsikal honda comel aku kereta kemut tu ada balik di hadapan aku. Serabut perut gila aku time tu. Rasa macam nak tahan suruh orang yang bawak kereta tu ketepi, ambil kunci kereta dia dan lempar dalam sungai kerian. sampai aku balik kerja pun dia tak dapat cari kunci tu. PASTI!! Aku bawa motor serupa dengan suami yang kalut nak cari tok bidan sebab bini dia nak bersalin. Aku agak macam tu la rupa aku masa tu. Nasib baik jam punchcard baru bertukar nombor selepas aku selesai punchcard. Kalau tak potong gajai la gua.

Sampai kat counter aku kalut pula nak susun barang nak display. Angkat itu, ini sampai tak perasan cashier kat depan tengah bergosip pasal aku. Nasib la abang store tegur. "Apasal yang kalut sangat ni sampai tudung pun senget. Memang fashion sekarang macam ni ker?"  Baru la aku perasan yang tudung aku dah lari beranakan. Ni mesti kalut nak buka topi keledar sampai tak sedar pin yang sepatutnya berada di bawah dagu dah membuat penempatan baru di sebelah kanan bawah  telinga dan telah menutup sebahagian besar dahi dongga aku. YA ALLAH MALUNYA!!!! Jadi tanpa meengahkan masa satu tutorial syok sendiri  di hadapan cermin telah dijalankan. Hasilnya aku pun menangkap gambar syok sendiri yang enta macam mana mulut aku muncung sedepa konon bajet comel.



Bukan tak pernah jadi kejadian macam ni kat aku, cuma aku ni tak serik-serik. Asyik ulang buat kesalahan dan tabiat yang buruk ni. Sampai bila la kamu nak dewasa wahai Puteri Yang Pemalas. (esok-esok lupa. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan)


Sekian.

05 January 2012

evening walk

assalamualaikum.. rakyat jelata beta yang dikasihi. hehe.. 
(buat muka sengal nak kena penampar)

Today aku keluar dengan my buddy Pyna & Enal. Kami pergi makan, lepak-lepak sambil menyemakkan diri deka gerai makan yang di beri nama TEKSI CORNER. Agak lama la kami lepak kat sana sampai tauke kedai tu pun dah naik semak tengok kami. order minum tapi lepak mengalahkan satu family makan besar sampai 2, 3 jam. Hangin je aku tengok muka tauke tu. hehe. Lepas makan Enal ajak aku pergi beli barang dekat Manjaku. Katanya nak beli hadiah sambut baby member kami Asrol. Lama aku tak jumpa dia. Sejak aku pindah sekolah, senyap je tak dengar berita. Mana nak tau story, aku bukannya rapat sangat dengan dia. Just kenal macam tu jer.




04 January 2012

bermanja bersama MR. DADDY


asslamualaikum fellass..

pagi-pagi lagi aku dah di kejutkan dengan bunyi orang sedang bertukang. berbekalkan mata yang hanya di buka separuh aku mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. sesampai saja kat depan pintu bilik mandi aku nampak bayang-banyak tulisan berwarna pink.
"ROSAK! J. PAKAI" ni tak lain dan tak bukan mesti mak yang tulis. tulisan cacing. dekat sinki pun ada gak memo pink. rajin betul la mak aku ni. macam dalam rumah ada sedozen budak itam sampai tak sempat nak bagi tahu.



"jangan guna bilik mandi tu. bapak tengah dok perbaik tu. longkang bocor" kata mak sambil mata tak lepas menonton televisyen.
"dah tu nak mandi kat mana ni? tak kan nak buat tiger show mandi kat luar kot. agak-agak la mak ooiii",protest aku.
"mandi dalam jamban tu"
"gelap la. kang jatuh dalam jamban macam mana? tak kawen anak mak ni hah",kata aku sambil mulut sengaja dijuih-juihkan.
"tak payah tutup pintu la. curtain tu kan dah tutup dah. lagi pun tak de sapa kat dalam rumah nak tengok kau mandi", slamber je mak aku ni hah.

dah settle mandi aku pun nak tau gak apa yang bising dok ketuk-ketuk pagi-pagi ni. jengok kat luar, ayah aku tertunduk-tunduk sibuk buat lantai. tak ada kerja la ni. dah habis longkang dibaiki, dia pandai je cari kerja menambah lantai di pintu pagar belakang rumah.

"amacam ok tak ni?", erm.. dah nampak aku nak aku tolong la tu. mentang-mentang la anak dia ni ambil kursus construction. macam la aku ni pandai sangat. study sana pun bukan belajar apa sangat. mengulat je banyak. pandai ja ayah aku buat sorang. aku tengok kat longkang dia buat ok je. saja nak manja dengan aku la ni. hehehe.. (chumel). aku pun pegang trowel dan start menolong. actualy sikit jer nak tambah lantai. lebar tak sampai sejengkal pun.  dah nak siap ayah aku seloroh cakap.



"ni semua ain la yang buat. sebab tu yang tak jadi tu" 
lah? pulak?!!

al-kisah peti sejuk

"maggi pun jadilah." kata adik ku. adik aku ni memang rajin masuk ke dapur. goreng mee, bihun. tengah malam pun sanggup bangun masak nasi goreng sebab lapar. paling malas pun masak maggi jew. aku yang pemalas ni boleh la tumpang sekaki. hehe.

"ha! masak nasi sekali. jap lagi bapak balik masjid nak makan." kecoh mak menyuruh adik. sudah menjadi kebiasaan ayah aku akan makan malam setelah pulang dari masjid selepas solat ishak. kalau tak ada tahlil dia akan balik awal. aku tunggu jer ayah aku balik kot-kot ada je ole-ole dari masjid. macam-macam ayah aku bawa blik. kadang-kadang mee,bihun, nasi minyak pun ada. bawa balik pun satu bungkus je untuk 3org yang menunggu di rumah. "sapa cepat dia dapat la"

baru ja aku keluarkan periuk nak tanak nasi mak ke dapur. lapar la tu. habis semua periuk dia jengok.

"hampa nak makan tak? kalau nak makan masak nasi. nasi dalam periuk ni cukup untuk bapak je. tak yah makan la, hampa dah kenyang kan. mak makan sorang." sempat lagi dia seloroh sambil menyendok nasi.

BANG!! toleh belakang saja aku nampak papan putih terbaring di lantai. aku, adik dan mak kelu seribu bahasa melihat kejadian yang tak disangka-sangka.

"la dah nak arwah peti sejuk ni pun. macam mana boleh jatuh. nasib tak kena kaki." berderai-derai ketawa aku memecah suasana.


"mak dah cakap banyak kali tutup peti sejuk tu pelan-pelan. tutup guna tangan bukan nya dengan kaki." dan berjela-jela lah cerita dongeng yang dikarang mak untuk malam ini. aku tengok muka adik dah biru. 'takut la tu' desis hati aku.

"dah,dah! tutup balik la. susah sangat beli baru. kat kedai banyak mak. best what dapat peti sejuk baru. hehe.." slingg!! bercelarung mata mak aku menjeling marah. jadi, proses membetulkan pintu keramat pun bermula. pusing sana, angkat sini, letak sana, bukak situ..sini. alhamdulillah!! settle juga. maggi pun dah siap.

"ko tarok ubi kentang ker? sedap tak?", pelan je aku pegang sudu. kacau punya kacau. NGAP!! satu sudu. dua sudu. tiga sudu dan seterusnya.

"sedap?!"
"tak"
"nak lagi?"
"boley jugak"
"BUAT SENDIRI!!"
"tak baik tau ko derhaka kat kakak", tangan tak berhenti menyedok maggi ke mulut.
"mak, tengok kak chik!!"
"nah la. tak sedap pun"
"dah nak abis satu mangguk. perut pun dah kenyang baru kata tak sedap. eeeee...!!!!"

waahahaaaa!!!

02 January 2012

serabut perut!!

assalamualaikum fellas....

 1st of all HAPPY NEW YEAR FOLKS!! sorry bab lambat wish.


and di sebab itulah aku write this entry. do you know what? INTERNET KAT RUMAH AKU SLOW GILER!!! nak update blog jenuh bercinta tunggu VIEW POST.. kadang-kadang tue macam CHIPSMORE pun ada "kejap ada, kejap tak ada" cipan betul. rasa macam nak hempuk jer kotak streamx ni. menyemak jer.. (macam boley) mati aku kena maki dengan komander dolah.  sekali petik suis dia bagi ceramah tak berhenti 7hari7malam.

SERABUT PERUT!!

last-last rumah my sweet snow white auntie jugak yang jadi mangsa. berkampung la aku kat sana semata-mata nak pinjam internet. wahlawey!! ini yang dikatakan kelebihan baik dengan adik-beradik.