Facebook Fan Page

29 January 2012

accident lagi


assalamualaikum penjuling-penjulingku yang setia. apa kabo ekau di sana. saya di sini sakit lebam-lebam disana sini. janganlh rasa susah hati sebab susah saya nak cari ubat penyembuh orang susah hati. susah makan senang ja nak cari ubatnya hah. sumbat satu bucket ayam KFC, 5 ketul burger MCDONALD, 4 papan PIZZA-HUT, 8 pinggan nasi CHIKEN RICE SHOP, 15 botol air 100 PLUS. hilang la sakitnya tu hah. hahaha.. (gelak cam orang saai dengan 2 tanduk timbul atas kepala)

eden bukannya apo. nak mengadu ni hah. eden accident lagi, bukannya jatuh sendiri tapi berlanggar dengan motorkar. kesian HONDA COMEL eden tu hah. tak habis-habis remuk sebab accident ajo. sorry la HONDA, nak buat macam mana tu hah dah dapat owner triple lock luck. susah la nak di obat. jangan la merajuk dengan den. sapa la nak dating dengan den kalau ekau tak ado. sedih den ni hah.. (dush!!! kena penyepak. cakap bebetul sikit)

k. story dia like this la. aku macam biasa bangun pagi gosok gigi, mandi-mandi, siap-siap nak pergi kerja. yang lainnya pagi tu cousin aku tumpang aku sekali. okey memang tak der masalah. on the way nak pergi kerja disebabkan aku yang careless dan tak reti nak bersabar langgar lampu isyarat merah dan terus KEBABOOM!! terlanggar buntut kiri kereta WIRA KELABU yang nak membelok masuk ke taman perumahan. di sebabkan brek HONDA COMEL aku yang kebuluran tak di beri makan tak sempat berhenti untuk mengelak dari mencium buntut WIRA KELABU dan serta-mertanya aku terjatuh dari motor dan terseret sedikit ketepi jalan. mungkin aku knock-out beberapa saat sebelum aku menjerit sakit.

dalam kepala otak aku tak fikir apa dah. hanya fikir pasal tanggungjawab yang aku bawa yang menumpang aku di belakang. "KAK AIN!!!" lepas aku dengar jer suara cousin aku baru la aku nampak DARAH menitik-nitik di atas jalan. aku fikir pasal gigi aku pulak. hilang pulak la gigi aku. aku dan check. ok cukup semua batang tak ada yang patah. aku pening jadi mabuk darah. keadaan memang kalut time tu. ramai yag datang menolong. seingat aku la ada seorang kakak dan pak cik yang baik hati papah aku ke tepi. mula-mula diorang suruh aku rilex dulu duduk kat tepi divider sebab tak nak ganggu lalu lintas kat situ.

pastu diorang angkat aku balik duduk atas kerusi kat satu pohon redup kat tep jalan. aku ingat lagi tak silap berhampiran dengan bengkel kereta. dalam pening pening aku try bukak mata. aku carik cousin aku. takut dia cedera ke apa. aku panggil tapi suara tak keluar. aku rasa ada orang pegang dagu aku, aku buka mata ja tengok cousin aku ada kat depan aku. aku tanya dia ok tak? tapi dia tak jawab mungkin tak dengar. aku tengok betul-betul baru aku rasa lega sebab aku tak nampak darah kat mana-mana badan cousin aku. dia sua air mineral bagi aku minum. "sepatutnya dia ni tak boleh bagi minum lagi" aku dengar cousin aku gelak. "lah saya tak tahu"dah boleh gelak tu kira tak de apa la.

baru saja aku nak pejam mata aku dengar kecoh seorang kakak minta nombor ic aku dengan lesen.aku dah tak fikir banyak dah aku seluk poket belakang aku serah wallet aku kat dia. aku tengok dia sibuk menyalin. siap tanya nombor phone aku dengan cousin aku. "akak, jangan risau. saya tak apa-apa. saya mengaku saya salah. bagi saya chill kejap pastu kita settle yer" dia tak puas hati. jenuh juga la cousin aku menjawab semua pertanyaan dia. aku rasa kakak yang kecoh ni hanya sekadar penumpang bukan pemandu. ada la aku dengar riuh seorang pak cik ni suruh kakak tu bertenang tunggu ambulance sampai tengok macam mana keadaan aku dulu baru buat report. dalam riuh-riuh aku nampak ayah aku sampai. ayah aku pegang tangan aku kata "tak ada apa-apa sikit je. tahan yer kejap lagi ambulance sampai. tahan yer" tenang ja ayah aku cakap.

5minit kemudian ambulance pun datang. aku pensan sekejap. sedar-sedar jer aku menjerit sakit. nurse tengah cuci luka aku. paling tepi je aku terkejut tengok jarum. 'gila mamat ni nak cucuk aku!!' ayah ku tahan kepala aku suruh tengok dia. naik merayu juga la aku tak nak di cucuk. akirnya kena juga. memang tak la nak lepas. pedih sial bila cuci luka dengan ubat antiseptic. aku rasa suara jerit aku dengar sampai keluar agaknya. aunty yang baring kat sebelah aku tengok ja aku. nak aku tunjuk peace kat dia. tapi tak larat pulak nak angkat tangan.

aku boleh keluar hari tu juga. ada ke pulak doktor sort off tak faham bahasa melayu kata kat aku "saya ada banyak pesakit lain dan sangat sibuk boleh tak awak cakap kuat dan jelas sedikit" nak je aku ketok doktor ni. tak reti melayu punya doktor. nasib la ada pak cik attendant kot yang tolong translate kat dia. pastu siap ugut aku lagi "kamu ada pensan tak? kalau ada saya terpaksa tahan kamu masuk wad. kalau tak ada kamu boleh keluar hari ini juga" confirm aku cakap tak pensan. sapa nak masuk wad. kena masuk air. cucuk sana-sini macam robot. tak nak aku.

dah settle semua. surat cuti pun dapat aku pun balik rumah. dalam kereta penuh la telinga aku masuk bebelan ayah aku featuring mak ndak, mak kepada cousin aku. kaki aku sakit sekali telinga aku berbulu. tahan jela. dah memang salah aku.

sampai rumah ja mak aku sambut dengan mukadimah leteran dia. berperenggan-perenggan sedar-sedar ja aku dah terlelap. pastu ayah aku kejut aku suruh ikut dia pergi balai polis. dia cakap kakak WIRA KELABU tu dah kecoh kat balai bab nak buat report. siap mengajar polis tu lagi macam mana nak buat kerja. polis tu cakap dah kat dia hal ni boleh settle kat luar tak payah buat report sebab kecik sangat. WIRA KELABU dia pun bukannya teruk pun cuma bumper jatuh sebab skru patah ja. dah dia nak buat report sangat. tunggu claim insurance la.

aku pun kena saman. sepatutnya kena 2 saman. saman langgar lampu isyarat dengan saman cuai. tapi polis tu bagi saman cuai je. kena la rm300.aku minta kurang kat sarjan polis. "saya boleh tolong dan saya memang nak tolong sebab saya ada nampak kejujuran dekat kamu. lagipun kamu mengaku bersalah. kalau kamu datang kat saya kata kamu tak salah tapi hakikatnya kamu memang bersalah. sya pun marah. kamu faham maksud saya" aku dengan mata stim, muka polos gila pun mengaku la kat depan dia kata aku memang slah. dan dapat la kurang saman bayar rm150 jer. hahah senang hati den. gaji aku part-time kat kedai jamu tu lebur macam tu jer.

tak ada la teruk sangat aku ni pun hanya setakat luka kat kaki kiri, lutut kiri, lobam sana-sini, tangan kiri terseliuh dengan dagu luka sikit. yang aku nampak darah banyak-banyak tu rupa-rupanya darah dagu aku. lukanya sikit ja tapi darah merambu-rambu penuh tudung.

haisy habis JAHANAM SELUAR BARU aku. dah la baru pakai tak sampai setengah jam dah koyak rabak. TUDUNG BARU ja aku pakai nasib baik darah tu boleh basuh walaupun kesan dia ada melekat lagi tapi tak ada la nak nampak sangat. (rasanya gamak ke aku nak pakai lepas ni)

kak tu pun ada call aku agaknya nak minta ganti rugi la kot. aku memang tak la nak bagi. sapa suruh dia kalut nak buat repport bagai. kat susah. ayah aku cakap kalau perbaik kereta tu tak sampai rm400 insurance tak dapat nak claim. haha.. padan muka dia. aku nak settle luar dia tak nak. hambik rugi la kau.

bebudak sales from kl


assalamualaikum commaners sekalian.. lama juga aku tak update blog aku ni. mohon maaf kepada semua yang rajin menjulingkan mata membaca blog serabai aku ni. bukan aku tak nak update tapi disebabkan kemalasan yang melampau ni lah yang jad titik penyebab aku malas nak pegang lappy.

ada story ni nak dengar tak. eh! silap. mana boleh dengar. ekau dok tengah membaca. haha..

story ni dah lama dah terperam kat kepala otak aku tak ter publish-publish. cerita mengenai 10 orang sales man and sales girl yang bekerja dekat satu company di kuala lumpur jual perkakas dapur elektrik dari ITALY.  diaorang ni kena outstation buat promotion pasal dapur lektrik kat PARIT BUNTAR, PERAK. meh aku cerita sikit pasal diorang ni.

MISS DOTTY MONTY.
minah ni dari seremban. badan yang agak montel dan cute aku rasa sesuai gak aku panggil dia nama ni. minah ni agak manja la. sweet-sweet charity gitu.. 1st day minah ni pakai memang tak menampakkan macam nak buat sales peralatan dapur tapi nak buat sales untuk diri sendiri. that's apa yang dikatakan kecapulan mulut aku mengata orang. dia pakai black non sleeve short dress yang beropol atas paras lutut match with non-sleeve yangky jacket jeans. korang rasa??

MISS STRAWBERRY.
minah ni comel. ada lesung pipit kat kedua-dua belah pipinya. seorang yang tinggi lampai. agak cool dan skinny. dia ni memang pakai simple and nice sesuai dengan kerja yang dia buat sekarang. tak t-shirt, vase and jeans.. dia pakai kemeja thigh-in dengan black jeans.

MISS ELEGANCE
minah ni kecik molek dan bersifat kepimpinan. seorang yang pendiam dan pemalu. 1st expresion yang aku dapat dari dia la. dia ni aku nampak memang mementingkan kekemasan sesuai dengan nama yang aku bagi kat dia. dari segi baju, tutur kata, pergerakan semua kemas ja. macam robot pun ada. haha.. yang lain tak dapat dikenal pasti.

MISS CARING
kenapa aku panggil dia MISS CARING? sebab memang baik hati lah. korang fikir yer, kalau korang ada nampak barang orang lain jatuh apa yang akan korang buat.. kebanyakan orang akan tegur 'kak, barang kak jatuh.' kadang-kadang orang buat dont know, dont care jer. jarang giler la orang amik barang tu dan serah balik kat tuan empunya badan siap senyum lebar lagi. betul tak?!

yang itu semua aku cerita pasal minah-minah promoter, ni aku nak cerita pasal mamat-mamat promoter pulak.

MR. AL a.k.a. JAM BERGERAK
haha.. agak kelakar nickname dia ni. yang ni bukan aku yang bagi k. member-member dia yang bagi. sebabnya? diorang ni menyewa dekat satu rumah sewa kat mana malas aku nak tahu. dah duduk sekali tu tau saja la. kalau tak ada orang yang kejutkan bangun pagi memang tak la diorng ni nak bangun. jadi MR.AL ni pun memegang tanggungjawab mengejutkan mereka yang spesis tunggu orang gerak baru nak bangun. agak macam abang, kemana nak pergi MR.AL yang hantar dan jemputkan. pasal makan minum jangan tanya la. semua nak kena ingatkan. bukannya apa just MR.AL ni memang agak matang sikit berbanding yang lain walaupun umur mereka lebih kurang sama.

GENG MASKED-RIDER KABUTO
4 orang sekawan yang memang ala-ala mamat sengal. kenapa aku panggil camni? sebab kan rambut diorang i memang sebijik macam MASED-RIDER KABUTO. sapa yang pengemar cerita ni mesti dapat gambarkan macam mana rupa gaya rambut bebudak ni.

asalkan diorang ni ada je mesti bos aku MR. LIM tak senang duduk. mana tak nya, hampir semua berdiri berenggek dekat depan counter yang tak seberapa besar ni hah. satu menghalang customer nak tengok barang. kedua habis barang jatuh tergolek sebab kena hinggut dek GENG MASKED-RIDER KABUTO ni bersandar. ada satu hari tu bos aku mengamuk marahkan geng ni. 'lu orang aa, tak dak tempat lain nak duduk ka? jangan kacau orang punya bisness la. @$^^&#&*%>>>>>>' habis dimaki nya bebudak ni. serik la kejap tapi lepas beberapa jam datang balik bertenggek kat depan counter. adoi memang tak makan saman la. nasib baik chumel. haha.. (gatal gak aku ni pun)

09 January 2012

Mummy yang Chumel!!

Kalau korang nak tau sekarang aku sedang buat part-time job di Billion sebagai promoter kedai jamu. Walaupun hanya untuk jangka masa 3minggu dengan ikhlasnya aku nak nyatakan disini bahawasanya aku kerja kat situ hanya untuk membantu kawan aku yang semak kepala mencari part-time worker. Dia kata nak serabut kepala otak untuk menginterview budak baru semata-mata nak suruh buat part-time seelama 3weeks. Bising lagi nak kena ajar la apa kejadah la. Banyak betul ulat yang buat sarang bagi serabut kepala otak dia tu. Disebabkan agak kesian dan kebetulan aku pun hanya menghabiskan beras mak aku kat rumah tanpa buat apa-apa kerja melainkan tidur, aku pun terima lah jawatan yang diberi, MINAH PROMOTER.

Seperti biasa aku bangun pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Disebabkan aku bangun agak lewat dan memang aku ni anak dara yang agak penuh dengan saki-baki pemalas yang payah nak bangun awal, aku pun tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja. Bersiap pun agak ala kadar sahaja. aku capai kunci motorsikal, sarung kasut dan bergegas ke parking.

Dari jauh lagi aku dah perasan mak aku yang ala-ala cute miut dan jiran ku Ateh 'The Snow White Aunty" tengah sibuk bergosip pagi. Sambil berjalan aku sempat lambai tangan ke arah mak aku sambil bagi isyarat nak pergi kerja. Tak sempat nak pegang motor mak jerit menahan aku. Sempat lagi dia cakap "Tangkap la gambar mak.. Lama dah dok posing ni. haha..", seperti biasa, mak buat muka Funny. Adoi time-time ni la dia mintak nak bergambar. Selalunya kalau orang nak tangkap gambar dia bukan main susah. Macam-macam muka dia buat. Gaya shrek, Tony Jia, Doremon. Thinking statue pun dia pernah buat. Kali ni bukan main lagi yer. Aku yang menurut perintah pun cepat keluarkan handset dan mengambil gambarnya. "K, satu lagi", aduh parah dah mak aku ni. Mak berdiri elok di sebelah pokok  bougainvillea  kesayangannya. Sweet je muka mak aku pagi-pagi ni. Boleh pulak aku buat lambat dalam keadaan aku yang memang akan lambat.


Ok dah selesai tangkap gambar, muah-muah aku bagi kat mak aku pun kot jauh jep dan aku pun merempit ke tempat kerja. Selit dan menyelit sampaai di kawasan pasar pagi ada la pulak kereta yang buat kemut jalan slow-slow. INI BOLEH MENDATANGKAN MARAH. Dalam otak aku ni asyik fikir macam mana nak cepat sampai jer. Dah dapat potong kereta kemut tadi tu tak sampai berapa pusingan tanyar motorsikal honda comel aku kereta kemut tu ada balik di hadapan aku. Serabut perut gila aku time tu. Rasa macam nak tahan suruh orang yang bawak kereta tu ketepi, ambil kunci kereta dia dan lempar dalam sungai kerian. sampai aku balik kerja pun dia tak dapat cari kunci tu. PASTI!! Aku bawa motor serupa dengan suami yang kalut nak cari tok bidan sebab bini dia nak bersalin. Aku agak macam tu la rupa aku masa tu. Nasib baik jam punchcard baru bertukar nombor selepas aku selesai punchcard. Kalau tak potong gajai la gua.

Sampai kat counter aku kalut pula nak susun barang nak display. Angkat itu, ini sampai tak perasan cashier kat depan tengah bergosip pasal aku. Nasib la abang store tegur. "Apasal yang kalut sangat ni sampai tudung pun senget. Memang fashion sekarang macam ni ker?"  Baru la aku perasan yang tudung aku dah lari beranakan. Ni mesti kalut nak buka topi keledar sampai tak sedar pin yang sepatutnya berada di bawah dagu dah membuat penempatan baru di sebelah kanan bawah  telinga dan telah menutup sebahagian besar dahi dongga aku. YA ALLAH MALUNYA!!!! Jadi tanpa meengahkan masa satu tutorial syok sendiri  di hadapan cermin telah dijalankan. Hasilnya aku pun menangkap gambar syok sendiri yang enta macam mana mulut aku muncung sedepa konon bajet comel.



Bukan tak pernah jadi kejadian macam ni kat aku, cuma aku ni tak serik-serik. Asyik ulang buat kesalahan dan tabiat yang buruk ni. Sampai bila la kamu nak dewasa wahai Puteri Yang Pemalas. (esok-esok lupa. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan)


Sekian.

05 January 2012

evening walk

assalamualaikum.. rakyat jelata beta yang dikasihi. hehe.. 
(buat muka sengal nak kena penampar)

Today aku keluar dengan my buddy Pyna & Enal. Kami pergi makan, lepak-lepak sambil menyemakkan diri deka gerai makan yang di beri nama TEKSI CORNER. Agak lama la kami lepak kat sana sampai tauke kedai tu pun dah naik semak tengok kami. order minum tapi lepak mengalahkan satu family makan besar sampai 2, 3 jam. Hangin je aku tengok muka tauke tu. hehe. Lepas makan Enal ajak aku pergi beli barang dekat Manjaku. Katanya nak beli hadiah sambut baby member kami Asrol. Lama aku tak jumpa dia. Sejak aku pindah sekolah, senyap je tak dengar berita. Mana nak tau story, aku bukannya rapat sangat dengan dia. Just kenal macam tu jer.




04 January 2012

bermanja bersama MR. DADDY


asslamualaikum fellass..

pagi-pagi lagi aku dah di kejutkan dengan bunyi orang sedang bertukang. berbekalkan mata yang hanya di buka separuh aku mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. sesampai saja kat depan pintu bilik mandi aku nampak bayang-banyak tulisan berwarna pink.
"ROSAK! J. PAKAI" ni tak lain dan tak bukan mesti mak yang tulis. tulisan cacing. dekat sinki pun ada gak memo pink. rajin betul la mak aku ni. macam dalam rumah ada sedozen budak itam sampai tak sempat nak bagi tahu.



"jangan guna bilik mandi tu. bapak tengah dok perbaik tu. longkang bocor" kata mak sambil mata tak lepas menonton televisyen.
"dah tu nak mandi kat mana ni? tak kan nak buat tiger show mandi kat luar kot. agak-agak la mak ooiii",protest aku.
"mandi dalam jamban tu"
"gelap la. kang jatuh dalam jamban macam mana? tak kawen anak mak ni hah",kata aku sambil mulut sengaja dijuih-juihkan.
"tak payah tutup pintu la. curtain tu kan dah tutup dah. lagi pun tak de sapa kat dalam rumah nak tengok kau mandi", slamber je mak aku ni hah.

dah settle mandi aku pun nak tau gak apa yang bising dok ketuk-ketuk pagi-pagi ni. jengok kat luar, ayah aku tertunduk-tunduk sibuk buat lantai. tak ada kerja la ni. dah habis longkang dibaiki, dia pandai je cari kerja menambah lantai di pintu pagar belakang rumah.

"amacam ok tak ni?", erm.. dah nampak aku nak aku tolong la tu. mentang-mentang la anak dia ni ambil kursus construction. macam la aku ni pandai sangat. study sana pun bukan belajar apa sangat. mengulat je banyak. pandai ja ayah aku buat sorang. aku tengok kat longkang dia buat ok je. saja nak manja dengan aku la ni. hehehe.. (chumel). aku pun pegang trowel dan start menolong. actualy sikit jer nak tambah lantai. lebar tak sampai sejengkal pun.  dah nak siap ayah aku seloroh cakap.



"ni semua ain la yang buat. sebab tu yang tak jadi tu" 
lah? pulak?!!

al-kisah peti sejuk

"maggi pun jadilah." kata adik ku. adik aku ni memang rajin masuk ke dapur. goreng mee, bihun. tengah malam pun sanggup bangun masak nasi goreng sebab lapar. paling malas pun masak maggi jew. aku yang pemalas ni boleh la tumpang sekaki. hehe.

"ha! masak nasi sekali. jap lagi bapak balik masjid nak makan." kecoh mak menyuruh adik. sudah menjadi kebiasaan ayah aku akan makan malam setelah pulang dari masjid selepas solat ishak. kalau tak ada tahlil dia akan balik awal. aku tunggu jer ayah aku balik kot-kot ada je ole-ole dari masjid. macam-macam ayah aku bawa blik. kadang-kadang mee,bihun, nasi minyak pun ada. bawa balik pun satu bungkus je untuk 3org yang menunggu di rumah. "sapa cepat dia dapat la"

baru ja aku keluarkan periuk nak tanak nasi mak ke dapur. lapar la tu. habis semua periuk dia jengok.

"hampa nak makan tak? kalau nak makan masak nasi. nasi dalam periuk ni cukup untuk bapak je. tak yah makan la, hampa dah kenyang kan. mak makan sorang." sempat lagi dia seloroh sambil menyendok nasi.

BANG!! toleh belakang saja aku nampak papan putih terbaring di lantai. aku, adik dan mak kelu seribu bahasa melihat kejadian yang tak disangka-sangka.

"la dah nak arwah peti sejuk ni pun. macam mana boleh jatuh. nasib tak kena kaki." berderai-derai ketawa aku memecah suasana.


"mak dah cakap banyak kali tutup peti sejuk tu pelan-pelan. tutup guna tangan bukan nya dengan kaki." dan berjela-jela lah cerita dongeng yang dikarang mak untuk malam ini. aku tengok muka adik dah biru. 'takut la tu' desis hati aku.

"dah,dah! tutup balik la. susah sangat beli baru. kat kedai banyak mak. best what dapat peti sejuk baru. hehe.." slingg!! bercelarung mata mak aku menjeling marah. jadi, proses membetulkan pintu keramat pun bermula. pusing sana, angkat sini, letak sana, bukak situ..sini. alhamdulillah!! settle juga. maggi pun dah siap.

"ko tarok ubi kentang ker? sedap tak?", pelan je aku pegang sudu. kacau punya kacau. NGAP!! satu sudu. dua sudu. tiga sudu dan seterusnya.

"sedap?!"
"tak"
"nak lagi?"
"boley jugak"
"BUAT SENDIRI!!"
"tak baik tau ko derhaka kat kakak", tangan tak berhenti menyedok maggi ke mulut.
"mak, tengok kak chik!!"
"nah la. tak sedap pun"
"dah nak abis satu mangguk. perut pun dah kenyang baru kata tak sedap. eeeee...!!!!"

waahahaaaa!!!

02 January 2012

serabut perut!!

assalamualaikum fellas....

 1st of all HAPPY NEW YEAR FOLKS!! sorry bab lambat wish.


and di sebab itulah aku write this entry. do you know what? INTERNET KAT RUMAH AKU SLOW GILER!!! nak update blog jenuh bercinta tunggu VIEW POST.. kadang-kadang tue macam CHIPSMORE pun ada "kejap ada, kejap tak ada" cipan betul. rasa macam nak hempuk jer kotak streamx ni. menyemak jer.. (macam boley) mati aku kena maki dengan komander dolah.  sekali petik suis dia bagi ceramah tak berhenti 7hari7malam.

SERABUT PERUT!!

last-last rumah my sweet snow white auntie jugak yang jadi mangsa. berkampung la aku kat sana semata-mata nak pinjam internet. wahlawey!! ini yang dikatakan kelebihan baik dengan adik-beradik.