assalamualaikum penjuling-penjulingku yang setia. apa kabo ekau di sana. saya di sini sakit lebam-lebam disana sini. janganlh rasa susah hati sebab susah saya nak cari ubat penyembuh orang susah hati. susah makan senang ja nak cari ubatnya hah. sumbat satu bucket ayam KFC, 5 ketul burger MCDONALD, 4 papan PIZZA-HUT, 8 pinggan nasi CHIKEN RICE SHOP, 15 botol air 100 PLUS. hilang la sakitnya tu hah. hahaha.. (gelak cam orang saai dengan 2 tanduk timbul atas kepala)
eden bukannya apo. nak mengadu ni hah. eden accident lagi, bukannya jatuh sendiri tapi berlanggar dengan motorkar. kesian HONDA COMEL eden tu hah. tak habis-habis remuk sebab accident ajo. sorry la HONDA, nak buat macam mana tu hah dah dapat owner triple lock luck. susah la nak di obat. jangan la merajuk dengan den. sapa la nak dating dengan den kalau ekau tak ado. sedih den ni hah.. (dush!!! kena penyepak. cakap bebetul sikit)
k. story dia like this la. aku macam biasa bangun pagi gosok gigi, mandi-mandi, siap-siap nak pergi kerja. yang lainnya pagi tu cousin aku tumpang aku sekali. okey memang tak der masalah. on the way nak pergi kerja disebabkan aku yang careless dan tak reti nak bersabar langgar lampu isyarat merah dan terus KEBABOOM!! terlanggar buntut kiri kereta WIRA KELABU yang nak membelok masuk ke taman perumahan. di sebabkan brek HONDA COMEL aku yang kebuluran tak di beri makan tak sempat berhenti untuk mengelak dari mencium buntut WIRA KELABU dan serta-mertanya aku terjatuh dari motor dan terseret sedikit ketepi jalan. mungkin aku knock-out beberapa saat sebelum aku menjerit sakit.
dalam kepala otak aku tak fikir apa dah. hanya fikir pasal tanggungjawab yang aku bawa yang menumpang aku di belakang. "KAK AIN!!!" lepas aku dengar jer suara cousin aku baru la aku nampak DARAH menitik-nitik di atas jalan. aku fikir pasal gigi aku pulak. hilang pulak la gigi aku. aku dan check. ok cukup semua batang tak ada yang patah. aku pening jadi mabuk darah. keadaan memang kalut time tu. ramai yag datang menolong. seingat aku la ada seorang kakak dan pak cik yang baik hati papah aku ke tepi. mula-mula diorang suruh aku rilex dulu duduk kat tepi divider sebab tak nak ganggu lalu lintas kat situ.
pastu diorang angkat aku balik duduk atas kerusi kat satu pohon redup kat tep jalan. aku ingat lagi tak silap berhampiran dengan bengkel kereta. dalam pening pening aku try bukak mata. aku carik cousin aku. takut dia cedera ke apa. aku panggil tapi suara tak keluar. aku rasa ada orang pegang dagu aku, aku buka mata ja tengok cousin aku ada kat depan aku. aku tanya dia ok tak? tapi dia tak jawab mungkin tak dengar. aku tengok betul-betul baru aku rasa lega sebab aku tak nampak darah kat mana-mana badan cousin aku. dia sua air mineral bagi aku minum. "sepatutnya dia ni tak boleh bagi minum lagi" aku dengar cousin aku gelak. "lah saya tak tahu"dah boleh gelak tu kira tak de apa la.
baru saja aku nak pejam mata aku dengar kecoh seorang kakak minta nombor ic aku dengan lesen.aku dah tak fikir banyak dah aku seluk poket belakang aku serah wallet aku kat dia. aku tengok dia sibuk menyalin. siap tanya nombor phone aku dengan cousin aku. "akak, jangan risau. saya tak apa-apa. saya mengaku saya salah. bagi saya chill kejap pastu kita settle yer" dia tak puas hati. jenuh juga la cousin aku menjawab semua pertanyaan dia. aku rasa kakak yang kecoh ni hanya sekadar penumpang bukan pemandu. ada la aku dengar riuh seorang pak cik ni suruh kakak tu bertenang tunggu ambulance sampai tengok macam mana keadaan aku dulu baru buat report. dalam riuh-riuh aku nampak ayah aku sampai. ayah aku pegang tangan aku kata "tak ada apa-apa sikit je. tahan yer kejap lagi ambulance sampai. tahan yer" tenang ja ayah aku cakap.
5minit kemudian ambulance pun datang. aku pensan sekejap. sedar-sedar jer aku menjerit sakit. nurse tengah cuci luka aku. paling tepi je aku terkejut tengok jarum. 'gila mamat ni nak cucuk aku!!' ayah ku tahan kepala aku suruh tengok dia. naik merayu juga la aku tak nak di cucuk. akirnya kena juga. memang tak la nak lepas. pedih sial bila cuci luka dengan ubat antiseptic. aku rasa suara jerit aku dengar sampai keluar agaknya. aunty yang baring kat sebelah aku tengok ja aku. nak aku tunjuk peace kat dia. tapi tak larat pulak nak angkat tangan.
aku boleh keluar hari tu juga. ada ke pulak doktor sort off tak faham bahasa melayu kata kat aku "saya ada banyak pesakit lain dan sangat sibuk boleh tak awak cakap kuat dan jelas sedikit" nak je aku ketok doktor ni. tak reti melayu punya doktor. nasib la ada pak cik attendant kot yang tolong translate kat dia. pastu siap ugut aku lagi "kamu ada pensan tak? kalau ada saya terpaksa tahan kamu masuk wad. kalau tak ada kamu boleh keluar hari ini juga" confirm aku cakap tak pensan. sapa nak masuk wad. kena masuk air. cucuk sana-sini macam robot. tak nak aku.
dah settle semua. surat cuti pun dapat aku pun balik rumah. dalam kereta penuh la telinga aku masuk bebelan ayah aku featuring mak ndak, mak kepada cousin aku. kaki aku sakit sekali telinga aku berbulu. tahan jela. dah memang salah aku.
sampai rumah ja mak aku sambut dengan mukadimah leteran dia. berperenggan-perenggan sedar-sedar ja aku dah terlelap. pastu ayah aku kejut aku suruh ikut dia pergi balai polis. dia cakap kakak WIRA KELABU tu dah kecoh kat balai bab nak buat report. siap mengajar polis tu lagi macam mana nak buat kerja. polis tu cakap dah kat dia hal ni boleh settle kat luar tak payah buat report sebab kecik sangat. WIRA KELABU dia pun bukannya teruk pun cuma bumper jatuh sebab skru patah ja. dah dia nak buat report sangat. tunggu claim insurance la.
aku pun kena saman. sepatutnya kena 2 saman. saman langgar lampu isyarat dengan saman cuai. tapi polis tu bagi saman cuai je. kena la rm300.aku minta kurang kat sarjan polis. "saya boleh tolong dan saya memang nak tolong sebab saya ada nampak kejujuran dekat kamu. lagipun kamu mengaku bersalah. kalau kamu datang kat saya kata kamu tak salah tapi hakikatnya kamu memang bersalah. sya pun marah. kamu faham maksud saya" aku dengan mata stim, muka polos gila pun mengaku la kat depan dia kata aku memang slah. dan dapat la kurang saman bayar rm150 jer. hahah senang hati den. gaji aku part-time kat kedai jamu tu lebur macam tu jer.
tak ada la teruk sangat aku ni pun hanya setakat luka kat kaki kiri, lutut kiri, lobam sana-sini, tangan kiri terseliuh dengan dagu luka sikit. yang aku nampak darah banyak-banyak tu rupa-rupanya darah dagu aku. lukanya sikit ja tapi darah merambu-rambu penuh tudung.
haisy habis JAHANAM SELUAR BARU aku. dah la baru pakai tak sampai setengah jam dah koyak rabak. TUDUNG BARU ja aku pakai nasib baik darah tu boleh basuh walaupun kesan dia ada melekat lagi tapi tak ada la nak nampak sangat. (rasanya gamak ke aku nak pakai lepas ni)
kak tu pun ada call aku agaknya nak minta ganti rugi la kot. aku memang tak la nak bagi. sapa suruh dia kalut nak buat repport bagai. kat susah. ayah aku cakap kalau perbaik kereta tu tak sampai rm400 insurance tak dapat nak claim. haha.. padan muka dia. aku nak settle luar dia tak nak. hambik rugi la kau.



