"maggi pun jadilah." kata adik ku. adik aku ni memang rajin masuk ke dapur. goreng mee, bihun. tengah malam pun sanggup bangun masak nasi goreng sebab lapar. paling malas pun masak maggi jew. aku yang pemalas ni boleh la tumpang sekaki. hehe.
"ha! masak nasi sekali. jap lagi bapak balik masjid nak makan." kecoh mak menyuruh adik. sudah menjadi kebiasaan ayah aku akan makan malam setelah pulang dari masjid selepas solat ishak. kalau tak ada tahlil dia akan balik awal. aku tunggu jer ayah aku balik kot-kot ada je ole-ole dari masjid. macam-macam ayah aku bawa blik. kadang-kadang mee,bihun, nasi minyak pun ada. bawa balik pun satu bungkus je untuk 3org yang menunggu di rumah. "sapa cepat dia dapat la"
baru ja aku keluarkan periuk nak tanak nasi mak ke dapur. lapar la tu. habis semua periuk dia jengok.
"hampa nak makan tak? kalau nak makan masak nasi. nasi dalam periuk ni cukup untuk bapak je. tak yah makan la, hampa dah kenyang kan. mak makan sorang." sempat lagi dia seloroh sambil menyendok nasi.
BANG!! toleh belakang saja aku nampak papan putih terbaring di lantai. aku, adik dan mak kelu seribu bahasa melihat kejadian yang tak disangka-sangka.
"la dah nak arwah peti sejuk ni pun. macam mana boleh jatuh. nasib tak kena kaki." berderai-derai ketawa aku memecah suasana.
"mak dah cakap banyak kali tutup peti sejuk tu pelan-pelan. tutup guna tangan bukan nya dengan kaki." dan berjela-jela lah cerita dongeng yang dikarang mak untuk malam ini. aku tengok muka adik dah biru. 'takut la tu' desis hati aku.
"dah,dah! tutup balik la. susah sangat beli baru. kat kedai banyak mak. best what dapat peti sejuk baru. hehe.." slingg!! bercelarung mata mak aku menjeling marah. jadi, proses membetulkan pintu keramat pun bermula. pusing sana, angkat sini, letak sana, bukak situ..sini. alhamdulillah!! settle juga. maggi pun dah siap.
"ko tarok ubi kentang ker? sedap tak?", pelan je aku pegang sudu. kacau punya kacau. NGAP!! satu sudu. dua sudu. tiga sudu dan seterusnya.
"sedap?!"
"tak"
"nak lagi?"
"boley jugak"
"BUAT SENDIRI!!"
"tak baik tau ko derhaka kat kakak", tangan tak berhenti menyedok maggi ke mulut.
"mak, tengok kak chik!!"
"nah la. tak sedap pun"
"dah nak abis satu mangguk. perut pun dah kenyang baru kata tak sedap. eeeee...!!!!"
waahahaaaa!!!