Facebook Fan Page

09 January 2012

Mummy yang Chumel!!

Kalau korang nak tau sekarang aku sedang buat part-time job di Billion sebagai promoter kedai jamu. Walaupun hanya untuk jangka masa 3minggu dengan ikhlasnya aku nak nyatakan disini bahawasanya aku kerja kat situ hanya untuk membantu kawan aku yang semak kepala mencari part-time worker. Dia kata nak serabut kepala otak untuk menginterview budak baru semata-mata nak suruh buat part-time seelama 3weeks. Bising lagi nak kena ajar la apa kejadah la. Banyak betul ulat yang buat sarang bagi serabut kepala otak dia tu. Disebabkan agak kesian dan kebetulan aku pun hanya menghabiskan beras mak aku kat rumah tanpa buat apa-apa kerja melainkan tidur, aku pun terima lah jawatan yang diberi, MINAH PROMOTER.

Seperti biasa aku bangun pagi bersiap untuk ke tempat kerja. Disebabkan aku bangun agak lewat dan memang aku ni anak dara yang agak penuh dengan saki-baki pemalas yang payah nak bangun awal, aku pun tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja. Bersiap pun agak ala kadar sahaja. aku capai kunci motorsikal, sarung kasut dan bergegas ke parking.

Dari jauh lagi aku dah perasan mak aku yang ala-ala cute miut dan jiran ku Ateh 'The Snow White Aunty" tengah sibuk bergosip pagi. Sambil berjalan aku sempat lambai tangan ke arah mak aku sambil bagi isyarat nak pergi kerja. Tak sempat nak pegang motor mak jerit menahan aku. Sempat lagi dia cakap "Tangkap la gambar mak.. Lama dah dok posing ni. haha..", seperti biasa, mak buat muka Funny. Adoi time-time ni la dia mintak nak bergambar. Selalunya kalau orang nak tangkap gambar dia bukan main susah. Macam-macam muka dia buat. Gaya shrek, Tony Jia, Doremon. Thinking statue pun dia pernah buat. Kali ni bukan main lagi yer. Aku yang menurut perintah pun cepat keluarkan handset dan mengambil gambarnya. "K, satu lagi", aduh parah dah mak aku ni. Mak berdiri elok di sebelah pokok  bougainvillea  kesayangannya. Sweet je muka mak aku pagi-pagi ni. Boleh pulak aku buat lambat dalam keadaan aku yang memang akan lambat.


Ok dah selesai tangkap gambar, muah-muah aku bagi kat mak aku pun kot jauh jep dan aku pun merempit ke tempat kerja. Selit dan menyelit sampaai di kawasan pasar pagi ada la pulak kereta yang buat kemut jalan slow-slow. INI BOLEH MENDATANGKAN MARAH. Dalam otak aku ni asyik fikir macam mana nak cepat sampai jer. Dah dapat potong kereta kemut tadi tu tak sampai berapa pusingan tanyar motorsikal honda comel aku kereta kemut tu ada balik di hadapan aku. Serabut perut gila aku time tu. Rasa macam nak tahan suruh orang yang bawak kereta tu ketepi, ambil kunci kereta dia dan lempar dalam sungai kerian. sampai aku balik kerja pun dia tak dapat cari kunci tu. PASTI!! Aku bawa motor serupa dengan suami yang kalut nak cari tok bidan sebab bini dia nak bersalin. Aku agak macam tu la rupa aku masa tu. Nasib baik jam punchcard baru bertukar nombor selepas aku selesai punchcard. Kalau tak potong gajai la gua.

Sampai kat counter aku kalut pula nak susun barang nak display. Angkat itu, ini sampai tak perasan cashier kat depan tengah bergosip pasal aku. Nasib la abang store tegur. "Apasal yang kalut sangat ni sampai tudung pun senget. Memang fashion sekarang macam ni ker?"  Baru la aku perasan yang tudung aku dah lari beranakan. Ni mesti kalut nak buka topi keledar sampai tak sedar pin yang sepatutnya berada di bawah dagu dah membuat penempatan baru di sebelah kanan bawah  telinga dan telah menutup sebahagian besar dahi dongga aku. YA ALLAH MALUNYA!!!! Jadi tanpa meengahkan masa satu tutorial syok sendiri  di hadapan cermin telah dijalankan. Hasilnya aku pun menangkap gambar syok sendiri yang enta macam mana mulut aku muncung sedepa konon bajet comel.



Bukan tak pernah jadi kejadian macam ni kat aku, cuma aku ni tak serik-serik. Asyik ulang buat kesalahan dan tabiat yang buruk ni. Sampai bila la kamu nak dewasa wahai Puteri Yang Pemalas. (esok-esok lupa. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan)


Sekian.