Facebook Fan Page

29 January 2012

bebudak sales from kl


assalamualaikum commaners sekalian.. lama juga aku tak update blog aku ni. mohon maaf kepada semua yang rajin menjulingkan mata membaca blog serabai aku ni. bukan aku tak nak update tapi disebabkan kemalasan yang melampau ni lah yang jad titik penyebab aku malas nak pegang lappy.

ada story ni nak dengar tak. eh! silap. mana boleh dengar. ekau dok tengah membaca. haha..

story ni dah lama dah terperam kat kepala otak aku tak ter publish-publish. cerita mengenai 10 orang sales man and sales girl yang bekerja dekat satu company di kuala lumpur jual perkakas dapur elektrik dari ITALY.  diaorang ni kena outstation buat promotion pasal dapur lektrik kat PARIT BUNTAR, PERAK. meh aku cerita sikit pasal diorang ni.

MISS DOTTY MONTY.
minah ni dari seremban. badan yang agak montel dan cute aku rasa sesuai gak aku panggil dia nama ni. minah ni agak manja la. sweet-sweet charity gitu.. 1st day minah ni pakai memang tak menampakkan macam nak buat sales peralatan dapur tapi nak buat sales untuk diri sendiri. that's apa yang dikatakan kecapulan mulut aku mengata orang. dia pakai black non sleeve short dress yang beropol atas paras lutut match with non-sleeve yangky jacket jeans. korang rasa??

MISS STRAWBERRY.
minah ni comel. ada lesung pipit kat kedua-dua belah pipinya. seorang yang tinggi lampai. agak cool dan skinny. dia ni memang pakai simple and nice sesuai dengan kerja yang dia buat sekarang. tak t-shirt, vase and jeans.. dia pakai kemeja thigh-in dengan black jeans.

MISS ELEGANCE
minah ni kecik molek dan bersifat kepimpinan. seorang yang pendiam dan pemalu. 1st expresion yang aku dapat dari dia la. dia ni aku nampak memang mementingkan kekemasan sesuai dengan nama yang aku bagi kat dia. dari segi baju, tutur kata, pergerakan semua kemas ja. macam robot pun ada. haha.. yang lain tak dapat dikenal pasti.

MISS CARING
kenapa aku panggil dia MISS CARING? sebab memang baik hati lah. korang fikir yer, kalau korang ada nampak barang orang lain jatuh apa yang akan korang buat.. kebanyakan orang akan tegur 'kak, barang kak jatuh.' kadang-kadang orang buat dont know, dont care jer. jarang giler la orang amik barang tu dan serah balik kat tuan empunya badan siap senyum lebar lagi. betul tak?!

yang itu semua aku cerita pasal minah-minah promoter, ni aku nak cerita pasal mamat-mamat promoter pulak.

MR. AL a.k.a. JAM BERGERAK
haha.. agak kelakar nickname dia ni. yang ni bukan aku yang bagi k. member-member dia yang bagi. sebabnya? diorang ni menyewa dekat satu rumah sewa kat mana malas aku nak tahu. dah duduk sekali tu tau saja la. kalau tak ada orang yang kejutkan bangun pagi memang tak la diorng ni nak bangun. jadi MR.AL ni pun memegang tanggungjawab mengejutkan mereka yang spesis tunggu orang gerak baru nak bangun. agak macam abang, kemana nak pergi MR.AL yang hantar dan jemputkan. pasal makan minum jangan tanya la. semua nak kena ingatkan. bukannya apa just MR.AL ni memang agak matang sikit berbanding yang lain walaupun umur mereka lebih kurang sama.

GENG MASKED-RIDER KABUTO
4 orang sekawan yang memang ala-ala mamat sengal. kenapa aku panggil camni? sebab kan rambut diorang i memang sebijik macam MASED-RIDER KABUTO. sapa yang pengemar cerita ni mesti dapat gambarkan macam mana rupa gaya rambut bebudak ni.

asalkan diorang ni ada je mesti bos aku MR. LIM tak senang duduk. mana tak nya, hampir semua berdiri berenggek dekat depan counter yang tak seberapa besar ni hah. satu menghalang customer nak tengok barang. kedua habis barang jatuh tergolek sebab kena hinggut dek GENG MASKED-RIDER KABUTO ni bersandar. ada satu hari tu bos aku mengamuk marahkan geng ni. 'lu orang aa, tak dak tempat lain nak duduk ka? jangan kacau orang punya bisness la. @$^^&#&*%>>>>>>' habis dimaki nya bebudak ni. serik la kejap tapi lepas beberapa jam datang balik bertenggek kat depan counter. adoi memang tak makan saman la. nasib baik chumel. haha.. (gatal gak aku ni pun)