Usai sahaja solat zohor, dia akan mengambil kesempatan menghilangkan lelah setelah penat menjalani tugasnya mengelilingi luar rumah. Matanya ligat mencari rumput rampai di celah-celah pokok kesayangannya. Kalau boleh dia tidak mahu seekor ulat mahu rumput melekat di sana.
Mengingatkan telatah si dia boleh membuatkan aku ketawa tak kering gusi. tiap kali terdengarkan lagu kesukaannya pasti kepalanya akan terlentok ke kiri dan kanan mengikuti alunan muzik. sesekali akan terdengar suara manis yang melucukan mengiringi musik sambil tersenyum nakal. apabila dia menyedari akan dirinya di perhatikan, dia akan berhenti menyanyi dan berlagak seperti tiada apa yang sedang berlaku. setelah tiada mata-mata nakal memerhati, dia akan melanjutkan keletahnya dan seraya itu menerbitkan rasa geli hati akan kelakuan diri sendiri. ketawanya akan bergema sambil menggenyitkan matanya kepada sang mata-mata nakal yang melihatnya. acap kali gelagatnya menggamatkan seluruh isi rumah.
Terus aku meluru memeluk beliau.



