Facebook Fan Page

Showing posts with label sewell. Show all posts
Showing posts with label sewell. Show all posts

21 November 2011

Gedebuk!! Nangka Busuk daaaa~~~~


toott..toottt 2x..

" slm. ain jom teman ak bg mkan ikan keli..  abg ak da hal la.. ajak ina skali yer"  
mesej dari teman ku, Nur Farahin mengajakku ke ladang penternakan ikan keli keluarganya. sudah menjadi kebiasaan kami bertiga bersahabat untuk pergi kemana sahaja bersama..

'dah macam belangkas pun ada' bisik hatiku apabila memikirkan betapa akrabnya kami bersama.(konon)

tepat jam 3ptg seperti biasa aku adalah orang pertama yang smpai ke rumah farahin. selang berapa mnt kemudian sabarina pn menunjukkan batang hidungnya yang sudah tersedia mancung.. 'anugerah tuhan' bak katanya.
perjlnan kami kesana tidak mengambil masa yang lama. setelah sampai dengan berbekalkan dua biji motorsikal, aku menjadi teruja apabila melihat sebuah rumah kecil yang bersuasanakan kampung berada di hadapan pintu masuk ladang.

"bila ayah hang buat rumah ni? cantik jgak. sapa punya idea?", bertubi-tubi pertanyaan yang keluar dari mulutku membuatkan farahin tersenyum.

"entah aku pun baru tau ni. abang aku la bising nak rumah sendiri. ayah aku buatkan la dya rumah. dekat dengan kolam senang skit dia nak jaga", terangnya.

"last-last hang jugak yang jaga. bagi ikan-ikan ni makan..haha.. nasib..nasib..",tingkah sabarina memaku farahin. sempat lagi farahin mencebik sambil tangannya pantas membaling makanan ikan masuk ke dalam kolam.. 

aku hanya mampu ketawa dengan teletah sahabat-sahabatku itu. sambil aku melihat sekeliling kakiku perlahan-lahan menjelajahi sekitar perkarangan rumah yang boleh dipanggil pondok keran saiznya yg agak kecil. mataku terpandang satu lembaran khemah askar yang digantung menjadi sebuah buaiani. melihat cara gantung yang ala kadar membolehkan aku meneka empunya tangan yang menggantungkannya di situ.

"ina, ada buaian ni. mari la sini!!"cepat sahaja sabarina menuju kepadaku. sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan aku. farahin merapati kami setelah selesai menjalankan tugasnya sebagai anak yang solehah. amin. 

"aku pun nak duduk jugak. letih ni.."

"cit.. tak guna punya kaki..buat kerja sikit dah letih pooodaaahhh!!", protesku.

"paen kita duduk dua je ye. jangan bagi ain duduk. punggung dia tue dah la besar, berat pulak tue.. kang jatuh rosak buai ni kan..kan..."',seloroh sabarina. farahin mengangguk tanda menyokong kata-kata sabarina itu.

"buai la hampa puas-puas. kasi laju-laju sikit kalau jatuh baaa..".

belum sempat aku memulangkan paku dulang serpih KEDEBUKK!! dua punggung jatuh mencium tanah. akibat ikatan tali yang tidak kemas, farahin dan sabarina menjerit kesakitan. apa lagi terburai-burai tawaku memecah suasana. farahin dan sabarina saling berpandangan dan menyertai aku. tak tahan dengan kejadian NANGKA BUSUK JATUH.

sure lepas ni fikir sepuluh kali nak naik buaian homemade dari ABANG FARAHIN..

END